Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search
  • 850BB7E9-431F-4B19-A3FA-FB89CBFFF1FA.jpeg

Ajari Aku Erti Hidup - Azura Zamri

RM 18.00
- +
cart Add to Cart
Home

.
"Belajarlah bersyukur dengan jalan kehidupan sendiri. Andai kata kau dilapangkan kesempatan untuk duduk seketika dalam kehidupan orang lain, baru masa ini kau akan sedar yang kehidupan kau telah lengkap Allah susunkan."
.
Jangan dambakan kehidupan orang lain. Kita tak nampak apa yang mereka terpaksa dan perlu lalui. Kita nampak mereka hidup mewah, tapi kita tak tahu mungkin ada disebaliknya, siapa² yang dia perlu pijak dan buang ke tepi. Kita sendiri tak semampu dia. Kita nampak mereka gembira ke sana kesini, tapi disebaliknya mungkin perlu berdepan rasa kekosongan yang mendalam. Kita sendiri tak sedaya dia. Tetaplah bersyukur dengan kehidupan yang sedang dilalui, cuma tingkatkan usaha diri supaya kehidupan sentiasa rasa cukup dan bahagia.
.
Banyak perkara yang dikupas penulis mengenai apa² yang berlaku dalam kehidupan yang pernah lalui dan rasa. Kita juga begitu. Setiap rasa yang dirasa, disinambungkan dengan penulisan yang seperti sedang berbicara dengan kita, menyentak diri kita berkenaan dengan kehidupan.
.
Cinta, cemburu, luka, penat, memaafkan, keinginan, impian, ujian, kehilangan, kecewa, kedudukan, lupa, rindu, berubah, takdir, kelemahan.
.
Ada catatan di bab penghujung. Tentang percintaan, persahabatan, keikhlasan, keredhaan dan kehidupan. Dan kesemua itu kau akan mengiyakan, rasa pernah melalui dan sebaiknya belajar dari keadaan yang dilalui.
.
Catatan di bahagian Persahabatan itu, aku rasa kau akan ingat semula kawan² kau, kau akan mentafsirkan sikap kawan kau dan akan cuba² mencongak mereka diposisi kawan atau sahabat. Dan perlu diingat, diri kita juga akan ditafsirkan mereka. Maka, sentiasalah bersikap baik.
.

Ready Stock
www.aisaysletter.com
0197805019
#azurazamri #ajariakuertihidup #galeriilmu #life #aku #me #kehidupan #mustread #mustbuy #recommended #boo #bookstagram #aisaysletter #merakibookshop

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping