Penulis: Aiman Amri (@AimanPsikologis)
"Maafkan saya, anak saya ini Autisme."
Si ibu itu berbisik perlahan apabila melihat reaksi kawannya itu yang seperti hairan memerhatikan anaknya. Nerpusing-pusing badan, menikmati masa bersendirian dan mengipas tangan sambil ketawa keriangan.
Pelik. Tak seperti kanak-kanak normal yang lain.
Pandangan orang sekeliling yang memerhatikan anak 'pelik' ini menjadi perkara biasa buat si ibu itu. Ada yang menunjuk-nunjuk dengan jari, ada yang merenung penuh kehairanan, namun paling menyedihkan apabila ada yang berbisik-bisik, mengatakan beliau bukan seorang ibu yang baik kerana tak dapat 'jinakkan' perangai pelik anak.
Autisme. Unik atau pelik?
×