Sinopsis :
Ada cerita yang akan membawa kita lebih dekat kepada Tuhan dan ada juga cerita
yang akan membuat kita menjauh dari Tuhan. Macam kesusahan dan kesenangan dalam hidup. Kedua-duanya boleh bawa kita lebih dekat kepada Tuhan atau semakin menjauh.
Kita berjuang untuk terus hidup pula kerana cinta. Cintalah yang menghidupkan hati yang mati. Cinta jugalah yang menggerakan jiwa yang sesat menuju jalan yang lurus dan tepat. Tapi, ada juga yang terus lumpuh dek bahana cinta yang tersilap alamat.
Kita juga akan memilih untuk hidup jika kita terus diberi harapan dan tempat yang
tepat untuk menggantung harap akan membuatkan kita mampu berjalan untuk terus hidup walau dalam keadaan luka dan tempang. Doa, cerita, cinta dan harapan adalah simbiosis antara kita dalam meneruskan kehidupan. Tetapi antara semuanya, yang paling ironi adalah cinta. Cinta adalah titik pertemuan segala macam cerita dan rasa. Cinta boleh buat kita hidup, cinta juga boleh buat kita hancur.
Di bawah hamparan langit Gaelic Nuraiman Amni, berusaha untuk memahami simbiois yang berlaku dalam hidupnya menerusi rendezvous yang telah Tuhan rencanakan.
×