Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search
  • 92ECED27-4C60-47C4-9756-C64278BBB05C.jpeg

ENSIKLOPEDIA ALQURAN Ensiklopedia Al-Quran (Syeikh Muhd Mujahid)

RM 46.00
- +
cart Add to Cart
Home

Tajuk : Ensiklopedia Al-Quran
ISBN : 9789672038603
Penulis : Syeikh Muhd Mujahid
Halaman : 400 muka surat
Sinopsis:
Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman, sebuah wahyu yang mula diturunkan di gua hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.
Namun kebesaran wahyu Allah SWT ini ia dapat berkembang dari sebuah kota ke sebuah negara dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia dan bertahan lebih 1400 tahun. Tintanya hanya dakwat dari cairan warna-warni. Lembarannya hanya kertas daripada tumbuh-tumbuhan kenaf yang melata di bumi. Ia adalah nur petunjuk jalan bagi insan yang punya mata hati. Teksnya adalah wahyu yang boleh diterima oleh insan pilihan dan suci (Nabi dan Rasul). Wahyu yang merupakan himpunan Firman Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Dialah Tuhan langit dan bumi. Apakah yang lebih tinggi dan suci daripada semua itu?
SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI.
Buku ENSIKLOPEDIA AL-QURAN ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab Samawi yang lain serta 150  fakta bergambar tentang AL-Quran dan banyak lagi.

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping