Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search
  • BCC74BC3-B008-4BE0-A60C-29D87BDC6582.jpeg

ISTIQAMAH: Hafizzuddin Afif

RM 17.80
- +
cart Add to Cart
Home

.
TIGA GOLONGAN YANG NAMPAK PADA ZAHIRNYA SYURGA TEMPAT TINGGALNYA, TETAPI AKHIRNYA NERAKA MENJADI TEMPAT SEKSAAN TIDAK TERPERI:

GOLONGAN 1

Orang yang berjihad di jalan Allah dan syahid, dihumbankan ke dalam neraka kerana niatnya berperang semata-mata untuk namanya disebut-sebut sebagai pejuang islam. Niatnya, untuk menunjuk-nunjuk dirinya seorang yang berani. Akhirnya, Allah memberi balasan azab kepadanya.

GOLONGAN 2

Orang yang menuntut ilmu, mengajarkan ilmu, dan membaca al-Quran. Dibangkitkan dengan pendustaan, mengatakan dia berbuat demikian kerana Allah. Hakikatnya, dia melakukan sedemikian, agar dirinya dikenali sebagai seorang yang alim dan qari. Akhirnya, dirinya diazab.

GOLONGAN 3

Golongan yang mengaku di hadapan Allah menggunakan nikmat harta ke jalan Allah, tetapi diseret ke neraka kerana niatnya terpesong menuju kemurkaan Allah. Dia diazab kerana niatnya untuk mendapatkan pujian manusia. Melihatnya seorang dermawan dan banyak bersedekah. Namun pujian itu hanya di dunia, akhirat dibalas dengan neraka. ----------------------- Petikan di atas merupakan salah satu petikan di dalam buku bertajuk "Istiqamah", setiap manusia pasti melalui fasa fitrah kembali kepada Tuhan. Menangis memohon taubat dan berjanji  untuk taat kepada perintah-Nya.
Namun dalam proses penghijrahan, kita akan diuji dengan ujian sebagai tiket untuk meraih syurga. Hanya mereka yang istiqamah yang layak mendapatkannya, dan mereka yang cepat berputus asa akan jatuh kembali ke lembah dosa. Buku ini sangat disyorkan untuk mereka yang sedang berhijrah kearah yang lebih baik, terutama di dalam bulan yang mulia ini moga dapat membantu lagi berubah menjadi seorang hamba yang patuh dengan kewajipan dan meninggalkan larangan-Nya.
.
Tajuk Buku: ISTIQAMAH
Penulis: Hafizzuddin Afif
Penerbit: Must Read
Harga Asal: RM 21
Harga Diskaun: RM 17.80

Untuk dapatkan harga diskaun, boleh tekan link di bio.
Jangan takut untuk menyahut seruan 'fastaqim' (segera istiqamah) kerana janji Allah benar.

#istiqamah
#mustread
#salamramadan
#hayatisetulushati

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping