Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search
  • 96C0E61D-7763-4ED2-B526-CBB84622F02E.jpeg

Kaki Masjid - Hisham AR

RM 15.30
- +
cart Add to Cart
Home


.
TADABBUR AL-QURAN "Dah baca al-Quran hari ini?" Itu soalan yang biasa. Baca al-Quran setiap hari juga sepatutnya perkara biasa dan menjadi rutin. Sepatutnya, tidak perlu diingatkan lagi.

Sepatutnya, kena up sikit pertanyaan berkenaan. "Dah tadabbur al-Quran hari ni?" Tadabbur ini membawa makna memerhati bacaan, faham apa yang dibaca, dan laksanakan apa yang dibaca tadi dalam mentadbir urus kehidupan ini.

Menjadi kewajipan setiap Muslim untuk mentadabbur al-Quran bagi kefahaman yang benar. Bagi orang beriman yang bukan ahli ilmu dan tidak pula berbahasa Arab, maka tiada halangan untuk membaca dan memahami isi al-Quran kerana telah pun diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Dalam hadis ada menyebutkan bahawa saat bulan Ramadan, pahala kita akan dilipatgandakan. Maka itu termasuk ketika membaca Al-Quran maka kita pun akan mendapatkan berkali lipat pahala selama niatnya adalah lurus kerana ingin beribadah dan memahami Al-Quran secara benar.
.
---------------------
.
Petikan di atas merupakan petikan dari buku Kaki Masjid. Jadilah kaki masjid, bukan kaki sembang atau kaki karaoke. Latih diri jadi kekasih Allah. Banyakkan pergi ke masjid dari ke supermarket. Banyakkan selawat, banyakkan sebut nama ya Allah, ya Allah, ya Allah. Bukan amal ya TV, ya TV, ya makan, ya makan, ya anak, ya bini.
Tajuk buku: Kaki Masjid
Penulis: Hisham AR
Penerbit: Must Read


Jika ingin memiliki buku Kaki Masjid, tekan pautan di bio @merakibooks_

#kakimasjid
#mustread #merakibookshome #ilovebuku

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping