Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search
  • 9B13BC6C-B244-4402-B90D-1CA418176B4F.jpeg

KENANGAN-KENANGANKU DI MALAYA (HAMKA)

RM 30.00
- +
cart Add to Cart
Home

KENANGAN-KENANGANKU DI MALAYA (HAMKA)
"Dengan dada berdebar-debar laksana seorang puteri menantikan kekasihnya yang tidak kunjung datang, demikianlah saya menunggu kemerdekaan Malaya. Kakaknya pulau-pulau Indonesia telah lebih dahulu 12 tahun keluar dari dalam lubang penjajahan itu. Tetapi hatinya tidak senang mengapa adiknya tidak kunjung datang!"

#1
Perenggan permulaan buku ini sudah membuatkan saya tertarik, terharu dan tersenyum-senyum. Mana mungkin buku ini saya lepaskan lagi.

#2
Buya Hamka menceritakan hubungan antara Malaya (ketika itu) dan Indonesia, terutamanya bangsa melayu. Dan disertakan sekali pengharapan-pengharapan beliau untuk Malaya yang bakal merdeka.

#3
Sejarah kesatuan melayu nusantara atas dasar perjuangan Islam menentang penjajah yang silih berganti, menjadi saksi melayu memang kuasa besar dan Islam menjadi titik persamaan yang kuat.

#4
Buya juga mengupas anasir-anasir penjajah yang menerobos masuk ke alam melayu (dan Islam) yang akhirnya melemahkan kuasa lalu mula menjadi bangsa yang dipijak-pijakkan.

#5
Hal termansuhnya kuasa sultan-sultan melayu di serata negeri Indonesia (seperti Deli, Demak) sangat menyedihkan. Walhal, peranan golongan raja dalam memartabatkan kebangkitan dan perkembangan Islam bukan sedikit.

#6
Namun kelicikan penjajah untuk merosakkan jatidiri mereka membuahkan hasil. Pendidikan yang diacukan, menjauhkan hubungan raja dan rakyat, malah sampai lupa daratan. Sudahnya, ada sekumpulan rakyat tidak percaya lagi kepada pemerintah sebegini.

#7
Saya paling suka bab "Di Sekeliling Kebudayaan Melayu". Aduhai, cantik sungguh budi dan daya orang Melayu. Dari segi tarian sekalipun. Apa lagi hal-hal adat adab, tulisan melayu (jawi), pakaian dan lain-lain. Melayu dan Islam sangat cantik gabungannya.

#8
Bab ini juga tergantung. Penerbit perlu semak ayat terakhir mukasurat 221.

#9
Tulisan Buya Hamka tahun 1957 ini, masih relevan untuk bacaan sekarang. Malahan, ada perkara-perkara yang menjadi kebimbangan beliau, sudah pun berlaku.

#10
Bacalah. Tak rugi.


_
2019/015
Sharulnizam Mohamed Yusof
Mahu ke rumah Hamka di Danau Maninjau

#sharulmembaca
#malaysiamembaca
RM30.00 ready stock

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping