Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search

Khianat - Najib Mahfuz

RM 25.00
- +
cart Add to Cart
Home

"Sekali lagi dia dapat menghirup udara kebebasan meskipun dalam suasana penuh debu dan panas berbahang. Dia dapati tiada sesiapa pun menantikan pembebasannya melainkan sepasang pakaian berwarna biru dan sepasang kasut getah. Sedang pintu penjara semakin jauh tertutup seraya menyembunyikan sengsara yang penuh rahsia, dunia ini kembali semula buat dirinya dengan jalanan yang disinari terik mentari, pelbagai kereta yang memenuhinya, orang ramai yang lalu lintas, serta deretan bangunan kedai dan rumah. Tiada sekelumit senyuman pun yang kelihatan. Dia keseorangan. Bukan main banyak kerugian yang telah menimpanya termasuklah kehilangan tempoh empat tahun yang sangat berharga. Ia berlalu begitu sahaja. Tidak lama lagi dia akan berhadapan dengan ramai orang demi menuntut haknya kembali. Kini tibalah masa untuk kemarahannya meletus lalu membakar sehinggakan para pengkhianatnya berasa sesal menuju ketibaan ajal, bahkan pengkhianatan akan memakan diri mereka kembali."

- 'Khianat' - Naguib Mahfuz

KHIANAT dibuka untuk belian!

Terjemahan karya Naguib Mahfouz, The Thief and The Dogs. Terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan - IBDE

Ia sebuah novel tentang dunia "pencuri" yang diterajui watak utama, bekas banduan Said Mahran dan bagaimana rapuhnya hidup bila anda ialah orang-orang kecil yang tidak ada apa serta tentang "anjing-anjing" yang mempunyai banyak rupa. Anda juga akan menemui si tenang Sheikh, orang tua sufi yang lebih memahami dunia ini sebenarnya bagaimana. Juga tentang Nur, gadis pelacur (atau terma sekarang pekerja seks) yang baik hati, apa yang dimahukan hanyalah sebuah kehidupan dengan cinta yang ikhlas.

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping