Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
Cart 0

Kitab Adab Perempuan

RM 55.00


KITĀB ĀDĀB PEREMPUAN
Pengarang: Aḥmad Yaʻqūb al-Johori
dilengkapi dengan
Perumian | Nota kaki | Indeks | Salinan Jawi Aṣal
ISBN: 978-967-14748-4-6
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Tarikh Terbit: 6 Mac 2017
Bil. Muka Surat: 280
Harga: RM 55.00
 
Ḥikmah dan kebijaksanaan leluhur kita dalam ḥāl iḥwal rumah tangga dibuktikan dalam Kitāb Ādāb Perempuan. Ianya sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan:  yaʻnī pendidikan anak-anak.


Nilai-nilai keṣiḥatan, antaranya naṣīḥat untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci.
Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci. Pengarang menṣifatkan peranan perempuan sebagai isteri, ibu, dan penghulu rumah tangga sebagai:


 …sebesar-besar pekerjaan yang patut disempurnakan kerana berkhidmatkan waṭan (tanah air) kemanusiaan.


Kitāb ini dikarang pada tahun 1926 oleh Aḥmad Yaʻqūb Al-Johori  bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ʻālam perkahwinan. Pada tahun 1965, kitāb ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.

Customer comments

Author/Date Rating Comment