Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search

KOMBO CINTA RASUL (Rahiq Al Makhtum/ Syamail Muhammadiyah/ Amalan dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad)

RM 131.50
- +
cart Add to Cart
Home

Di tengah-tengah masyarakat Arab yang sedang bergelumang dengan amalan yang menyimpang daripada ajaran Tuhan, lahir seorang manusia paling sempurna di atas muka Mekah. Muhammad bin Abdullah s.a.w., Rasul Allah yang mulia. Sebaik-baik kejadian manusia. Keperibadian Baginda adalah Al-Quran, kitab Allah yang sempurna.
Karya tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w (perkataan, perbuatan, dan akhlak Baginda) ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti As-Salafiyyah, India. Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.
Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja. Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.
Rahiq Makhtum, sebuah berkongsian tentang diri seorang Rasul Allah s.a.w. daripada seorang umat yang mengharap pengampunan daripada Allah s.w.t. dan syafaat daripada nabi-Nya.

As-Syamail Al-Muhammadiyah
Kenabian Muhammad SAW dikuatkan dengan sejumlah ayat dan mukjizat yang dikurniakan dari Allah SWT. Mukjizat terbesar baginda ialah Al-Quran. Semua ayat dan mukjizat tersebut menjadi bukti kebenaran Rasulullah SAW.

Para sahabat Rasulullah SAW telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang kemudian disampaikan kepada kita sehingga faham kita akannya melalui penelitian terhadap hadis.

Tidak cukup kita disebut sebagai seorang umat yang benar-benar mengenali Rasulullah SAW dengan sekadar membaca mengenai Rasulullah SAW melalui sebuah buku atau selembar hadis.
Membaca mengenai Rasulullah SAW bukan sekadar memahami sejarah kelahiran dan perjalanan kehidupannya sahaja malah perlu juga untuk kita melazimi apa yang diucapkannya.

As-Syamail Al-Muhammadiyah adalah satu bahan bacaan wajib untuk kita kenal dan memahami sifat keperibadian Rasulullah SAW semasa hayatnya melalui hadis-hadis yang dikumpulkan di dalam buku ini.
Menunaikan hak Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Menjadi tanggungjawab kita untuk percaya akan perkataan, perbuatan dan segala yang dibawa oleh Rasulullah saw dan meletakkan kedudukan Rasulullah di tempat yang sewajarnya.
Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 80 yang bermaksud,
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping