Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
Cart 0

Laskar Pelangi by Andrea Hirata

RM 36.00


"Hiduplah untuk memberi yang sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima yang sebanyak-banyaknya." -Laskar Pelangi Andrea Hirata Laskar Pelangi mengisahkan sepuluh orang kanak-kanak daripada keluarga miskin yang bersekolah di Sekolah Muhammadiyah di Belitung. Sekolah itu hanya mempunyai mereka sebagai murid dan Bu Muslimah sebagai guru mereka. Karya ini wajib dibaca oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan pendidik dan pelajar. Kami yakin, dalam kalangan pendidik kita pasti ada sifat Bu Muslimah dalam diri mereka, yang mengajar dengan tulus demi menunaikan hak anak-anak yang sepatutnya menerima pendidikan, dan kami juga yakin terdapat ramai Ikal, Lintang, A Kiong dan lain-lain di luar sana. Laskar Pelangi telah diterbitkan oleh lebih 24 negara dalam pelbagai bahasa seperti Amerika Syarikat, India, Pakistan, China, Jerman, Sepanyol , Korea dan Vietnam. Terbitan dalam pelbagai bahasa di bermacam-macam negara sudah cukup menjadi bukti bahawa naskhah ini adalah salah satu naskhah yang dikehendaki untuk membacanya. "Sedemikian juga kebodohan yang sering tak disadari, beberapa orang juga tidak menyadari bahwa dirinya telah terpilih, telah ditakdirkan Tuhan untuk ditunangkan dengan ilmu." -Laskar Pelangi

Customer comments

Author/Date Rating Comment