Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search

Life Is Beautiful - Nasrullah

RM 19.50
- +
cart Add to Cart
Home


.
Masa Tidak Mungkin Kembali

Peluang untuk menunaikan tanggungjawab tidak akan kembali kalau sudah berlalu. Ketika menjadi ayah kita tidak melakukan yang terbaik, anak akan dewasa sehingga kita akan terlepas banyak perkara yang ingin disampaikan. Ketika kita menjadi seorang anak tetapi tidak menjadi seorang anak yang baik, maka apabila ibu bapa kita tiada, kita pasti akan menyesal.

Sewaktu kita diberi peluang bekerja tetapi kita tidak menghargai, apabila dipecat kita akan kecewa untuk melakukan yang terbaik.

Penyesalan selalu datang kemudian tetapi waktu itu sudah tidak berguna lagi. Oleh sebab itu, kita perlu selalu bermuhasabah. Orang lain mungkin mampu mengingatkan tetapi kita sendirilah yang mampu membuat perubahannya.

Sekiranya kita seorang pelajar, tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar sebaiknya. Jangan mudah terikut kawan. Takut menjadi pelajar yang dikatakan acah-acah best student, lalu sanggup ikut sama dengan rakan yang tidak tentu arah. Bila tiba waktu peperiksaan, tertekan risau keputusan merosot, mulalah meniru.

Betul, bila kita menunaikan tanggungjawab sebaiknya, hasilnya belum tentu terjamin. Namun ini bukan tentang hasil tetapi tentang keutamaan yang kita mesti lakukan terlebih dahulu. Apakah kita ingin memandu secara berisiko hanya kerana memandu dengan berhemah belum tentu juga terjamin selamat?

Biar kita disisihkan kerana pasti ada yang melihat sikap baik kita. Tidak semua orang buta menilai kebaikan. Memilih permata daripada kaca. ***************** Jika anda rasa sedih, bacalah buku ini, jika anda putus asa, bacalah buku ini, jika anda perlukan motivasi, bacalah buku ini. Bacalah untuk menemukan semangat yang hilang. Mungkin kita terlalu banyak memikirkan masalah dan kekurangan sehingga tidak memikirkan kelebihan dan nikmat yang telah kita miliki.

Tajuk Buku: Life is Beautiful
Penulis: Nasrullah Amran
Penerbit: Must Read
Harga Asal: RM 23
Harga Promosi: RM 19.50

Tekan sahaja pautan di bio , untuk dapatkan buku ini dengan harga promosi

#lifeisbeautiful
#salamramadan
#hayatisetulushati
#mustread
#merakibookshome
#ilovebuku

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping