Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search

Men Are From Mars, Women Are From Venus: Edisi Kemas Kini

RM 35.00
- +
cart Add to Cart
Home

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-481-150-1
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2018
Jumlah Muka Surat: 373
Berat (kg): 0.524
Penulis: John Gray
=======================
Sinopsis
Pada suatu masa dahulu, orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia, iaitu penyakit yang menyebabkan mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza.
Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi, dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.
Men Are from Mars, Women Are from Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

"Jarang sekali kita berjumpa dengan buku bukan fiksyen yang membuatkan kita tidak mampu meletakkan buku sebelum habis membaca. Tetapi John Gray berjaya menghasilkannya." - Susan Page
".. panduan terbaik bagi memahami hubungan suami isteri." - Harold Bloomfield

Kandungan
Bab1 LELAKI BERASAL DARI PLANET MARIKH, WANITA DARI PLANET VENUS
Bab2 MR. FIT-IT DAN JAWATANKUASA HOME-IMPROVEMENT
Bab3 LELAKI MENUJU KE GUA MEREKA, MANAKALA PEREMPUAN SIBUK BERCERITA
Bab4 BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN PASANGAN KITA
Bab5 BERTUTUR BAHASA YANG BERLAINAN
Bab6 LELAKI UMPAMA GELANG GETAH
Bab7 PEREMPUAN IBARAT OMBAK
Bab8 MEMAHAMI PERBEZAAN KEPERLUAN EMOSI LELAKI DAN PEREMPUAN
Bab9 BAGAIMANA MENGELAKKAN PERTENGKARAN
BaB10 MENGAMBIL HATI PASANGAN KITA
BaB11 BAGAIMANA MELUAHKAN PERASAAN NEGATIF
Bab12 BAGAIMANA MAHU MEMINTA DAN MENDAPATKAN SOKONGAN
Bab13 MENGEKALKAN KEAJAIBAN CINTA DALAM PERHUBUNGAN KITA

Ulasan
Buku yang sesuai untuk kaum adam dan hawa. Lagi-lagi mereka yang sudah ada pasangan. Bagaimana mahu kekalkan kesefahaman dan keperluan.

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping