Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search
  • 8E9224EF-1E71-485D-A1C4-F493EC750B46.jpeg
  • 14FF07C1-E983-4949-9122-A5E1A99D77E8.jpeg
  • 80917CA4-EF0F-4852-8B05-B89046C82751.jpeg
  • CC39ED60-34C1-4EC3-81F1-999A327615A6.jpeg
  • FF38FCCD-D93D-43DE-A35E-D32BDF4DD17B.jpeg
  • 708CFD4C-E055-4D91-B08F-237C4CEFCEE0.jpeg

Menggapai Impian karya Panji Ramdana

RM 29.00
- +
cart Add to Cart
Home

Menggapai Impian karya Panji Ramdana

Untuk buku yang kali ini Panji lebih mengetengahkan tentang impian, tujuan hidup dan juga perkongsian tentang bagaimana penulis mula mengorak langkah sehingga menjadi yang hari ni. Jujurnya bagi aku liku yang dihadapi penulis memang banyak, ditipu sudah berkali-kali, ujian demi ujian yang mendatang dan segala ujian itu sudah berbayar kini. Kalau karya yang sebelum hanya sekadar penulisan karya tapi kali ini ada pengkisahan hidup penulis. Harus aku beri salute yang sesungguhnya pada penulis.

Ada satu bahagian dalam buku ni yang bila aku baca, membuka satu dimensi lain pemikiran aku. Lumrah yang kita ketahui, yang kegagalan itu adalah perkara yang perlu kita lalui. Dan ia bermaksud gagal dan kita mula kembali. Itu kebiasaannya. Tapi kata penulis, satu kegagalan yang kita alami itu sebenarnya adalah satu tahap keberhasilan yang tidak terasa. Kita berhasil untuk mengetahui bahawa cara yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu itu caranya kurang tepat atau sebagainya. Penulis bertanya, bukankah itu juga satu pencapaian? Bukan satu kegagalan.

Karya Panji memang tak lari dengan puisi, motivasi, kata-kata dan tak pernah tak lengkap tanpa unsur keagamaan yang diselitkan. Dan bagi aku, karya-karya penulis ada magis yang buat aku suka kumpul dan membacanya.

Bersenang-senanglah dengan kegagalan, selama kita masih muda pergunakanlah waktumu untuk bertemu dengan kegagalan, jangan kaget jika kegagalan menghampirimu. Kamu masih muda, jika gagal? Kamu dapat lebih mudah untuk bangun lagi.

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping