search

Mengharmonikan Agama dan Falsafah

RM 30.00
- +
cart Add to Cart
Home

Tajuk: Mengharmonikan Agama dan Falsafah
ISBN:9789671897638
Penerbit: Bilblio Press
Penulis: Ibn Rusyd
Terjemahan: Sophia Liebe
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 124
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.23
Dimensi Buku (cm) : 20.5 x 13.7 x 1.4

Fasl al-Maqalti mà Bayna al-Hikmah Wa al-Shari'ah min al-Ittisal adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai 'batu asas' kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahāfut al-Tahäfut.

Buku ini diterjemahkan dengan tajuk Mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain - yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut. Tetapi Fasl
al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti
al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali.

Sebuah karya yang sangat wajar untuk ditelaah oleh orang awam mahupun para ilmuan. Perbahasan-perbahasan di dalamnya adalah malar segar dan wajar untuk diwacanakan di ruang-ruang awam mahupun kelompok-kelompok intelektual. Ya, karya ini ringkas, tetapi percayalah, ia sarat dengan ilmu.
Walaupun Ibn Rushd menulis karya ini dalam medan ruang-masa yang spesifik, idea-ideanya masih relevan untuk diwacanakan sesuai dengan perkembangan ilmu hari ini.

Your cart is currently empty.

Continue shopping