Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
search
  • 82CD5CEF-43A6-456C-865D-56C025DFCC57.jpeg
  • CF4713C5-88D1-4E5D-AF62-AFD1E9C0BC6B.jpeg

Orang-orang Biasa- Andrea Hirata

RM 40.00
- +
cart Add to Cart
Home

" ORANG-ORANG BIASA!"

 Barangkali amaran ini ada benarnya. Kerana dalam kebanyakan hal, hanya orang-orang biasa yang memahami fikiran dan tindakan orang-orang biasa, tanpa terlalu cepat menghakiminya. Pada awal buku ini Andrea Hirata mencoretkan bahawa novel ini ditujukan khas buat seorang gadis miskin yang tidak dapat mendaftarkan diri ke fakulti perubatan (lantaran kekangan kewangan, mungkin). 

Seperti Andrea Hirata selalunya, beliau mengangkat kisah benar tersebut menjadi sebahagian perjalanan novel ini. Watak Aini dihidupkan, seorang anak penjual mainan di tepi jalan, yang berusaha keras dalam pelajaran demi mencapai cita-cita sebagai seorang doktor pakar. 

Cita-cita yang terbit kerana mahu mencari jawapan kepada sebab kematian ayahnya. Aini bukan satu-satunya orang biasa yang menjadi fokus novel ini. Ada watak sekumpulan sahabat yang hidup dengan menerima 'kebiasaan' mereka, namun berubah apabila Aini, anak salah seorang sahabat perkumpulan mereka ditawarkan ke fakulti perubatan. Sesuatu yang besar dan luar biasa bagi orang-orang biasa seperti mereka. Ada watak anggota polis yang jujur dan berintegriti walaupun diuji dengan korupsi, ada watak orang kaya yang terus mengkayakan diri sendiri walaupun dengan cara yang haram.

 Kata Andrea Hirata, "Fiksi, bukan sekadar mengadakan yang tidak ada, fiksi adalah cara berfikir.". Inilah falsafah fiksyen yang berjaya dibawa beliau dalam penulisannya. Karya Andrea Hirata tidak sah kalau tidak ada unsur humor dan citra tempatan. Satu faktor yang membuatkan pembaca tidak bosan membacanya.

. Tak sabar mahu menonton filem adaptasi novel ini. Pasti tak kering gusi! Semoga karya dengan kritikan sosial ini berjaya dibawa ke persada antarabangsa seperti Laskar Pelangi. Kisah orang-orang biasa yang bukan biasa-biasa! 2019/39 Ulasan: Zahrah Yunos

  #oob #orangorangbiasa #merakibookshome 


Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your cart is currently empty.

Continue shopping