Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
Cart 0

Sekali Lagi by Auni Zainal

RM 28.00


“Takdir itu, perjalanan hidup yang dah tersurat.
Manusia kena belajar menerima dan melepaskan.
Barulah pada mereka, takdir itu jadi adil.”
– Auni Zainal | Sekali Lagi

SEKALI LAGI

Fiksyen Bahasa Melayu
Bilangan muka surat: 339
Tahun terbit: 2018
Penerbit: Iman Publication
ISBN: 9789832423539

SINOPSIS

“Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!”

***

Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.

***

Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.

“Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni.”

“Kenapa? Ada apa?” tanya Nadiah kebingungan.

“Bangun nak pergi sekolahlah. Kau mamai ek?”

“Sekolah?”

REVIU

“It’s like reality. Brilliant work.”

– Najahsrph | Goodreads

“Plot twist yang belum pernah saya temui dalam mana-mana buku. Sebuah debut novel yang mempunyai literasi dan gaya bahasa yang manis.”

– Siti Khadijah Mn | Goodreads

“Novel yang sangat mindblown… Rating Syeraho: 9.5/10”

– Syeraho | Penulis Novel Projek Athena

Customer comments

Author/Date Rating Comment