Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
Cart 0

SET LENGKAP 30 JUZUK TAFSIR AL-AZHAR

RM 690.00


SET LENGKAP 30 JUZUK TAFSIR AL-AZHAR


Penulis: HAMKA
Penerbit: PTS
Bahasa: Melayu
Genre: Tafsir

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Ciri-ciri Tafsir Al-Azhar Set Lengkap

1. Softcover & tiada kotak khas

2. Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci

3. Purata ketebalan setiap juzuk: 0.5 - 1 inci

4. Purata muka surat bagi setiap juzuk: 300 - 400 halaman

5. Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 20 - 21 inci

6. Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan.

7. Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.

Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.

Customer comments

Author/Date Rating Comment