Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
Cart 0

The Amazing Rasulullah SAW by Sayf Muhammad Isa

RM 25.00


Setiap orang Islam adalah pembawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Siapa pun dia, di mana pun tempatnya berada, apa pun pekerjaannya, adalah pembawa risalah. Kita bukan hanya perlu mengamalkan agama Islam yang kita anuti, tetapi juga perlu menyebarkannya kepada orang di sekitar kita dan contoh paling baik untuk semua itu ada pada Rasulullah s.a.w. Di situlah pentingnya kita mempelajari setiap sisi kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mendalam. Ada banyak permata berharga yang dapat kita petik darinya. Mengenali Baginda adalah salah satu bukti tanda cinta kita kepada Baginda, untuk semua itu, ada pada Rasulullah s.a.w. Lebih daripada itu, generasi Islam adalah generasi yang akan membangkitkan peradaban manusia yang sudah semakin rosak ini. Hanya generasi yang memiliki bekal terbaik dapat menjalankan misinya dan bekal itu adalah Islam. Tidak mungkin seseorang memahami Islam, sekiranya tidak memahami kisah kehidupan Rasulullah s.a.w.. Inilah pentingnya generasi Islam memahami Sirah Nabawiyah.

Customer comments

Author/Date Rating Comment