Postage everyday except Public Holiday. Postage Fee only RM5.50 for 3kg first SM/SS. Happy shopping!! Shop Now!
Cart 0

Ustazah Zaman Dulu-Dulu

RM 25.00


Buya Hamka menyatakan, wanita itu ialah tiang, namun tiang rumah tidak kelihatan. Namun jika tiangnya rapuh, alamatnya condonglah rumah. Wanita itu tiang negara. Jika kukuh tiang, kukuhlah negara. Namun, sejauh mana kita mengkaji kekuatan tiang negara kita hari ini? Kuatkah? Atau lemahkah? Buku "Ustazah Zaman Dulu-Dulu" buah pena saudari Maisarah Mohd Pauzi merupakan satu usaha murni untuk memperkenalkan ke persada masyarakat, bahawa dalam sejarah, kita pernah memiliki tiang-tiang yang kuat. Kenalkah kita pada Ibu Zain? Siapakah Tan Sri Aishah Ghani? Benarkah Shamsiah Fakeh seorang komunis? Apakah yang diperjuangkan Khatijah Sidek? Berapa ramai yang kenal nama wanita-wanita perkasa di atas? Berjuang melawan zaman, menaikkan martabat wanita pada zaman di mana wanita tidak dipandang sebagai pejuang sehingga Tunku Abdul Rahman sendiri berseloroh, "Orang perempuan tak payah terlampau pandai, boleh masak nasi sudah cukup". Pergilah ke kutubkhanah, lihatlah betapa banyak bekas tangan pusaka penulis terdahulu yang menjulang martabat wanita. Syed Syeikh al-Hadi meninggalkan pusaka berjudul "Hikayat Faridah Hanum", Ahmad Rashid Talu mengangkat wanita dalam novel "Iakah Salmah?" manakala Harun Aminurrasyid dengan novel Melur Kuala Lumpur. Buku hampir setebal 190 halaman ini merupakan buah tangan khas kepada para wanita di luar sana. Buku ini mengangkat perjuangan tokoh zaman silam. Perjuangan zaman dahulu, inspirasi zaman kini. Pada zaman globalisasi, wanita bukanlah hanya setakat mampu menanak nasi, bahkan merekalah tiang seri ibu pertiwi. Buku ini benar-benar memberikan inspirasi! Ulasan oleh : Syed Azharul Asriq Harga: RM25 Diskaun: 15% #bukujejaktarbiah #bestseller

Customer comments

Author/Date Rating Comment